Temuduga Terbuka Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - Ogos 2015
INFO SYARIKAT
PTPTN bermaksud Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Ia bertanggungjawab untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian tinggi di Malaysia. Agensi ini adalah di bawah Kementerian Pelajaran.
TEMUDUGA TERBUKA
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengadakan temuduga terbuka bagi jawatan
Eksekutif Pemasaran lantikan kontrak pada tarikh/hari, masa dan tempat seperti berikut :
Tarikh / Hari : |
12 Ogos 2015 / Rabu |
Masa : |
9.00 pagi hingga 4.00 petang
(pendaftaran dibuka sehingga 12.00 tengahari) |
Tempat : |
Pejabat PTPTN Negeri Selangor
Tingkat 8 Menara MRCB
No 2, Jalan Majlis 14/10, Seksyen 14
40712 Shah Alam
SELANGOR |
Syarat lantikan adalah seperti berikut :
JAWATAN : |
EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK) |
PENEMPATAN : |
PEJABAT PTPTN NEGERI (PPN) SELANGOR
Akan ditempatkan dan bertugas di Cawangan
Petaling Jaya, Mutiara Damansara, Subang Jaya
dan Kota Damansara |
GAJI DITAWARKAN : |
RM1,500.00 SEBULAN |
INSENTIF : |
KOMISEN BERDASARKAN PRESTASI |
Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur
tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(d) Keutamaan diberi kepada calon :
• Lelaki (amat digalakkan memohon)
• Kelahiran Negeri Selangor
• Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran.
• Perwatakan menarik.
• Berkebolehan berkomunikasi dengan baik.
• Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa.
• Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk.
• Berkebolehan menganalisa dengan baik.
• Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri.
(keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta)
Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil yang berkaitan. Susunan dokumen adalah seperti berikut:-
a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b) Salinan Surat Beranak pemohon;
c) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
d) Salinan lesen memandu; dan
e) Lain-lain dokumen sokongan.
Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh PTPTN.
CATATAN AM
i. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2) bulan dari tarikh menghadiri temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
ii. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dihubungi.
MUAT TURUN BORANG
Sila memuat turun borang permohonan melalui pautan berikut:
Muat Turun Borang (Klik Kanan Tetikus dan pilih "Save As")
Sebagai persediaan untuk menghadapi temuduga, adalah disyorkan agar anda dapatkan SEGERA Panduan Lengkap
Bijak Temuduga.
ADS HERE !!!