Temuduga Terbuka Tentera Darat Malaysia (TDM) Lelaki dan Wanita (Sesi Pengambilan Bulan Ogos 2015) - Tentera Darat Malaysia (TDM) mempelawa warga Malaysia yang berumur 18 tahun keatas yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk menghadiiri temuduga bagi mengisi kekosongan terkini sebagai:
1. Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia Lelaki
2. Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia Wanita
Tarikh temuduga: 01 – 13 Ogos 2015
KELAYAKAN AKADEMIK
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat KEPUJIAN dalam subjek tertentu. (Calon SPM 2013 & 2014 wajib LULUS subjek Sejarah).
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) TAHAP 2 ke atas dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu peringkat SPM.
- Diploma dalam bidang Kejuruteraan atau Pembantu Perubatan / Kejururawatan / Jururawat Pergigian/Juruteknologi Pergigian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu peringkat SPM.
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma Pelbagai Bidang (selain bidang tersebut di atas) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu peringkat SPM – dipertimbangkan kemasukan melalui Skim SPM
LAIN-LAIN KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah.
- Taraf Perkahwinan. Bujang dan tidak pernah berkahwin (wanita sahaja).
- Kes Polis/Mahkamah. Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana.
- Taraf Kesihatan. Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT – Forward Everywhere (FE) iaitu boleh diatur gerak untuk semua tugas-tugas pertempuran di mana-mana bahagian dunia.
- Kriteria Pemilihan. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit: kelayakan akademik, ujian fizikal, ujian bertulis (IQ dan Psikologi) serta ujian kecergasan. Kecemerlangan dalam bidang sukan juga diberi keutamaan.
- Syarat Minima Ukuran Fizikal:
Ukuran | Lelaki/ Wanita |
Tinggi | 1.62m |
Berat | 47.5kg |
BMI (Berat/Tinggi/Tinggi) = | 18-26.9 |
Ukuran Dada Biasa (Lelaki Sahaja) | 76sm |
Ukuran Dada Kembang (Lelaki Sahaja) | 81sm |
DOKUMEN & SIJIL YANG DIPERLUKAN
Pemohon dikehendaki membawa bersama dokumen ASAL dan satu salinan fotostat dokumen-dokumen seperti berikut:
- Kad Pengenalan.
- Sijil Kelahiran.
- Sijil SPM atau Slip Peperiksaan (2014 sahaja).
- Sijil SKM Tahap 2.
- Diploma dan Transkrip (IPTS terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia.
- Dip Kejururawatan – Wajib Lulus Peperiksaan dan Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia - sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
- Sijil Berhenti Sekolah.
- Fotostat Kad Pengenalan ibu bapa atau Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia.
- Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan Sijil Daftar Kelahiran Anak.
- Sekeping gambar terkini berukuran passport.
- Sila bawa bersama ball pen hitam.
- Sampul Surat Pos Ekspres (Pos Malaysia – berharga RM3.00) – saiz sampul 220mm x 110mm.
GAJI DAN ELAUN
Berdasarkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA - ATM) yang sedang berkuatkuasa.
LOKASI PUSAT PEMILIHAN
Sila Hadir Dengan Berpakaian Kemas Di Pusat-Pusat Pemilihan Yang Tercatat Di Bawah :
Masa Pendaftaran: 8.00 pagi
1 Ogos 15 – Kuala Lumpur – MK 12 Bgd, Kem Wardieburn, 53300 SETAPAK, K.Lumpur
6 Ogos 15 – Kangar – Rej 504 AW, Kem Bukit Keteri, 02450 KANGAR
8 Ogos 15 – Alor Setar – Rej 513 AW, Kem Bukit Pinang, 06100 A.SETAR
10 Ogos 15 – Kulim – Bn Ke-2, Rej 513 AW, Kem Jalan Bukit, 09000 KULIM
11 Ogos 15 – P.Pinang – Rej 509 AW, 15 Lebuhraya Peel, 10350 P.PINANG
13 Ogos 15 – Ipoh – Rej 503 AW, Kem Jalan Tambun, 30350 IPOH
6 Ogos 15 – Johor Bahru – Rej 501 AW, Kem Tebrau 80990 JOHOR BAHRU
8 Ogos 15 – Kluang – MSS Kluang, Kem Mahkota 86000 KLUANG
10 Ogos 15 – Melaka – Rej 514 AW, Kem Bukit Beruang 75450 MELAKA
12 Ogos 15 – Port Dickson – PULAMOR, Kem Sebatang Karah, 71050 P.DICKSON
6 Ogos 15 – Temerloh – MSS Temerloh, Kem Batu 3 28000 TEMERLOH
8 Ogos 15 – Kuantan – Rej 505 AW, Kem Sri Kuantan 25050 KUANTAN
10 Ogos 15 – Kuala Terengganu – Rej 512 AW, Kem Padang Midin 21400 K.TERENGGANU
12 & 13 Ogos 15 – Kota Bharu – MSS Desa Pahlawan 16500 KOTA BHARU
6 Ogos 15 – Sandakan – 22 RAMD Kem Sri Kinabatangan 90000 SANDAKAN
8 & 9 Ogos 15 – Kota Kinabalu – MSS Lok Kawi 89580 KOTA KINABALU
11 Ogos 15 – Tawau – Rej 516 AW, Kem Kukusan 91000 TAWAU
6 Ogos 15 – Miri – 20 RAMD, Kem Sri Miri 98000 MIRI
8 & 9 Ogos 15 – Kuching – MK 3 Bgd, Kem Penrissen 93250 KUCHING
11 Ogos 15 – Sibu – Kem RASCOM, Batu 10, Jalan Oya, 96000 SIBU
BANTUAN & PERTANYAAN
Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat
Cawangan Sumber Manusia
Markas Tentera Darat 2
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2071 3807/4254/4523/4258
*Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki dan Wanita Tentera Darat. Seterusnya calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.
Muat turun iklan penuh jawatan di sini
Sebagai persediaan untuk menghadapi temuduga, adalah disyorkan agar anda dapatkan SEGERA Panduan Lengkap