20 Soalan Temuduga Paling Payah di Dunia yang bakal dikongsikan ini pastinya anda sendiri tidak menjangkanya pun.
Susulan calon temuduga kerja semakin ramai, sesetengah majikan kini mengutarakan soalan licik lagi ganjil bagi memilih individu yang benar-benar layak.
Soalan-soalan ini mustahil untuk dijangka dan, oleh itu, sukar membuat persiapan. Kadang-kadang soalan-soalan ini dilaporkan tidak berkaitan dengan bidang tugas.
Contoh, Google terkenal dengan soalan peliknya sewaktu temuduga, meminta calon mengira jumlah kalori sebuah kedai runcit.
Soalan-soalan ini ingin menguji calon, untuk mengenali sikapnya apabila berada dalam tekanan atau berdepan sesuatu yang tidak terduga, kata Joe Wiggins, jurucakap agensi pekerjaan Glassdoor.
Akhbar The Independent menyenaraikan 20 soalan paling sukar di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS), seperti tinjauan Glassdoor.
10 soalan paling sukar majikan di UK pada 2015
:
1. “Berapakah bola tenis yang digunakan di sepanjang perlawanan Wimbledon?” — Accenture
2. “Anggarkan jumlah kereta di UK.” — Barclays Investment
3. “Berapa jumlah kalori di sebuah kedai runcit?” — Google
4. “Bagaimana anda mahu menjual peti sejuk kepada orang eskimo?” — Harrods
5. “Apa yang anda akan bawa jika mahu ke pulau terpencil dan kenapa (bawa barang itu)?” — Urban Outfitters
6. “Adakah Batman seorang adiwira?” — AlphaSights
7. “Anda mempunyai 17 biji bola merah dan 17 bola biru, dua dikeluarkan pada sesuatu masa. Jika kedua-duanya sama warna, keluarkan juga satu bola biru. Jika dua bola itu warna berbeza, keluarkan juga satu bola merah. Apakah warna bola terakhir yang dikeluarkan?” — Geonomics
8. “Apa watak kartun yang anda mahu jadi dan kenapa?” — ASDA
9. “Apakah tindakan liar yang pernah anda lakukan?” — Metro Bank
10. “Apa pendapat anda tentang filem ‘Blair Witch Project’?” — Jefferies & Company
10 soalan paling sukar majikan di AS pada 2015:
1. “Apa yang anda akan lakukan jika anda satu-satunya yang terselamat dalam insiden pesawat terhempas?” — Airbnb
2. “Apakah lagu 1990-an kegemaran anda?” — Squarespace
3. “Jika anda menerima 2,000 emel tetapi boleh menjawab 300 sahaja, bagaimana anda memilih emel yang perlu dijawab?” — Dropbox
4. “Siapa yang akan menang dalam pertarungan antara Spiderman dan Batman?” — Universiti Stanford
5. “Jika anda mempunyai mesin yang menghasilkan duit US$100 (RM425) sepanjang hayat, apa yang akan anda bayar pada hari ini?” — Aksia
6. “Apa yang anda makan sewaktu sarapan tadi?” — Banana Republic
7. “Gambarkan warna kuning kepada seorang yang buta.” — Spirit Airlines
8. “Jika anda disuruh memunggah 747 biji gula-gula ‘jelly beans’, apa yang anda akan lakukan?” — Bose
9. “Berapa ramai yang terbang keluar Chicago tahun lalu?” — Redbox
10. “Siapakah watak puteri Disney kegemaran anda?” — Cold Stone Creamery