Tonjolkan Diri Semasa Temuduga - Persediaan untuk temuduga adalah satu kemestian. Namun hanya sekadar 'persediaan' sahaja ia tidak memadai sama sekali. Mari ikuti tip yang Hijabista jumpai di bawah:
1. Fikirkan IDEA yang baharu.
Tunjukkan yang anda telah mendalami selok belok syarikat yang anda sedang ditemuduga itu dengan memberikan idea yang baru lagi segar. Berikan mereka sedikit teaser sekiranya mereka mengambil anda sebagai pekerja.
2. Lakukan KAJIAN.
Pastikan anda melakukan kajian menyeluruh akan syarikat yang anda ditemuduga terutamanya visi, misi dan juga bidang yang mereka ceburi. Mereka tentu sekali akan menghargai sekiranya anda tahu dan menjiwai apa yang mereka perjuangkan.
3. Tunjukkan MINAT anda.
Majikan mahu menggaji pekerja yang penuh minat akan syarikat mereka. Tunjukkan kepada mereka bahawa anda sangat berminat dan bersemangat untuk jawatan tersebut dengan mengambil tindakan susulan dengan segera beberapa hari selepas temuduga dengan menghantar email kepada majikan.
4. Pilih BUSANA yang tepat.
Suka atau tidak, busana yang anda sarungkan akan memberikan impresi pertama kepada bakal majikan anda. Sesi temuduga memerlukan anda menyarung busana yang lebih teratur dan polished. Mungkin anda tidak perlu menyarung sut tetapi tunjukkan usaha anda.
5. Tonjolkan DAYA KEPEKAAN anda.
Jika anda memohon pekerjaan di dalam bidang kreatif, pastikan anda ambil sedikit masa untuk membina Pinterest page atau Tumblr untuk menunjukkan anda peka akan perkembangan platform ekspresi kretiviti terkini.
6. Sentiasa BERSEDIA.
Sentiasa membawa beberapa salinan kad pengenalan, gambar pasport, resume, sijil-sijil yang berkaitan dan juga portfolio yang anda mahu kongsikan bersama bakal majikan. Ini akan memudahkan semua pihak dan juga ia menunjukkan tahap keseriusan anda terhadap temuduga yang anda hadiri.
Kesemua ini adalah sebagai persediaan agar anda tidak kelam kabut dan gugup ketika temuduga. Namun, janganlah lupa untuk berdoa dan bertawakal kepada Allah setelah anda berusaha sehabis baik. Sesungguhnya, rezeki di tangan Allah. Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha dan berdoa. Semoga sukses selalu!
SUMBER: www.KarangKraf.com
Sebagai persediaan untuk menghadapi temuduga, adalah disyorkan agar anda dapatkan SEGERA Panduan Lengkap
Bijak Temuduga.
ADS HERE !!!