Soalan 'rare' temuduga. Erkkk
Salam sejahtera.
Sedikit perkongsian hari ini
mengenai temuduga swasta.
Sebagaimana yang anda tahu
temuduga swasta dan kerajaan
adalah berbeza. Ada persamaan
tetapi ada perbezaan ketara.
Swasta lebih mengutamakan
ROI setiap pekerja yang
diambil. Kerana setiap
pekerja adalah sumber duit
kepada syarikat!
Salah satu soalan yang 'pelik'
dan anda rasa macam 'perangkap'
"Apakah game yang mereka suka main?"
Ok sebelum itu, perkongsian
ini dikongsikan oleh pemilik
Syarikat PTS, Puan Ainon.
Kita kongsikan untuk manfaat
anda :)
Apakah relevannya pertanyaan itu?
Apa relevannya game dengan pekerjaan
dalam syarikat korporat?
Ada pakar psikologi yang mengatakan
individu yang suka bermain sukan
berpasukan besar, macam bola, hoki,
dan basket ball, dan yang sewaktu
dengannya, adalah individu-individu
yang suka bekerja secara
berpasukan besar.
Manakala individu yang suka
bermain sukan solo, macam tenis,
golf, paragliding, racing, dan
yang sewaktu dengannya adalah
individu-individu yang suka
bekerja secara solo.
Sesetengah pekerjaan dalam
syarikat korporat dapat dilakukan
secara solo. Kerja-kerja rutin
programming, akaunting, auditing,
kerja di call centre, dan
seumpamanya dapat dibuat
secara solo.
Manakala majoriti pekerjaan
dalam syarikat hanya dapat
dijalankan secara berpasukan.
Nampak perbezaannya? Soalan
yang pelik dan secara kasarnya
kita tak nampak keperluan
soalan itu.
Tetapi apabila soalan itu dijawab
ianya memberikan gambaran dan
tafsiran besar mengenai kecenderungan
anda!
Bagaimana dengan tips dalam artikel ini?
Jika bermanfaat, sharekan artikel ini
kepada rakan-rakan anda :)
Sebagai persediaan untuk menghadapi temuduga, adalah disyorkan agar anda dapatkan SEGERA Panduan Lengkap
Bijak Temuduga.
ADS HERE !!!